Bekas pemimpin gerila presiden baharu Timor Timur


Taur Matan Ruak hari ini mengangkat sumpah susulan krisis politik berlarutan hingga melumpuhkan negara Asia Tenggara terkecil itu. – Gambar EPA, 22 Jun, 2018.

KERAJAAN baharu Timor Timur yang diketuai bekas pejuaang gerila, Taur Matan Ruak hari ini mengangkat sumpah susulan krisis politik berlarutan hingga melumpuhkan negara Asia Tenggara terkecil itu.

Ruak memimpin kerajaan kedua dalam masa kurang dari setahun di negara yang meraih kemerdekaaan pada 2002 selepas dijajah selama 24 tahun oleh negara jirannya, Indonesia.

Dilahirkan sebagai Jose Maria Vasconcelos, tetapi dikenali sebagai Taur Matan Ruak - yang bermaksud “dua mata tajam” - Ruak adalah komander dalam rintangan Timor Timur sebelum menjadi ketua tentera negara selepas merdeka.

Parlimen dibubar pada Januari ketika ketegangan melanda antara bekas perdana menteri Mari Alkatiri dan hero pembangkang Xanana Gusmao.

Satu perikatan diketuai Gusmao mendapat majoriti mutlak dalam pilihan raya yang diadakan pada Mei.

Kerajaan baharu Ruak terdiri daripada aahli-ahli Kongres Nasional Untuk Pembinaan Semula Timor Leste (CNRT), Parti Pembebasan Rakyat (PLP) dan parti belia, Khunto.

“Kerajaan saya… akan memberi masa depan yang lebih baik kepada masyarakat dan rakyat,” kata Ruak.

Namun, pentadbiran baharu akan berdepan cabaran besar melibatkan rizab minyak dan gas Timor Timur.

Menurut Bank Dunia, kira-kira 60 peratus penduduk Timor Timur adalah di bawah 25 tahun, manakala sekitar 40 peratus penduduknya dibelenggu kemiskinan.

Penganalisis berkata tugas utama kerajaan baharu ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda dan mengimbangi perbelanjaan awam, terutamanya yang melibatkan projek-projek infrastruktur besar. – AFP, 22 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen