Tuntutan Petronas belum dimuktamadkan, Sarawak terlalu awal meraikan


Desmond Davidson

SARAWAK terlalu cepat meraikan penolakan cabaran kehakiman Petronas untuk menuntut pengisytiharan pemilikan sumber petroleum negara oleh Mahkamah Persekutuan, walaupun peguam syarikat petroleum nasional itu memberi amaran perjuangan mereka masih belum selesai.

Ketua Menteri Abang Johari Openg malah berkata negeri itu kini akan menguatkuasa semua undang-undang negeri berkaitan industri minyak dan gas termasuklah menghendaki Petronas memohon kelulusan aktivitinya di Sarawak.

Katanya, semua syarikat termasuklah Petronas perlu mendapatkan lesen, permit, pajakan dan kelulusan diperlukan sama ada di bawah Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak (OMO) 1958 atau Ordinan Pengedaran Minyak 2016 menjelang 1 Julai depan.

Abang Johari dalam kenyataan susulan keputusan mahkamah itu berkata ia membuka jalan kepada kerajaan negeri menguatkuasa undang-undang negeri seperti OMO.

Katanya lagi, syarikat minyak negeri, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) akan diberikan kuasa sewajarnya melaksanakan OMO.

Bagaimanapun, peguam utama Petronas Malik Imtiaz Sarwar berkata keputusan mahkamah tertinggi itu hanya membuat penghakiman yang kes itu tidak berada di bawah bidang kuasanya dan meminta ia dibicarakan di mahkamah tinggi.

Malik dipetik berkata oleh akhbar The Malay Mail yang penghakiman Mahkamah Persekutuan adalah “perkara prosedur” dan isu itu “masih hidup, tidak diputuskan apa-apa lagi”.

Merit kes itu masih belum dibicarakan dan diputuskan, tambahnya. – 22 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen