Pokok ganja ditemui di bangunan wakil rakyat Jepun


Anak pokok ganja ditemui di pejabat yang digunakan oleh wakil rakyat di Jepun, kata seorang pegawai pada Jumaat. – Gambar AFP, 22 Jun, 2018.

ANAK pokok ganja ditemui di pejabat yang digunakan oleh wakil rakyat di Jepun, kata seorang pegawai pada Jumaat.

Empat anak pokok itu ditemui pengunjung pada Khamis, kata pegawai penyelenggaraan kepada AFP.

“Setelah kami melaporkannya kepada kerajaan Tokyo, dua pegawai dari Tokyo datang ke premis berkenaan dan mencabut tanaman tersebut,” katanya.

“Mereka menganggarkan tanaman itu berusia kira-kira dua bulan,” katanya.

“Para pegawai menjelaskan penyebaran biji benih ganja boleh berlaku melalui angin dan najis burung, dan mereka akan melawat sekali lagi untuk memastikan” tumbuhan itu dihapuskan sepenuhnya dan benihnya tidak bercambah.

Jepun melarang kedua-dua jenis dadah daripada ketegori ‘keras’ dan ‘lembut’, malah polis sebelum ini menahan ahli gusti sumo, pemuzik, pelakon dan pelajar kolej kerana memiliki, menanam atau menjual ganja.

Sebaliknya, Kanada akan menjadi negara pertama G7 untuk membenarkan penggunaan dan penanaman ganja bermula pertengahan Oktober, dengan alasan ia akan membendung masalah penyeludupan dan melindungi orang muda. – AFP, 22 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen