5 pekerja amal dirogol beramai-ramai di India


LIMA wanita yang bekerja untuk sebuah badan amal di kawasan terpencil di timur India diculik dan dirogol beramai-ramai oleh kumpulan bersenjata, kata polis tempatan pada Jumaat.

Dalam aduan polis, wanita itu mendakwa mereka diculik ketika sedang mengadakan teater untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu pemerdagangan manusia di daerah Khunti, wilayah Jharkhand pada Selasa.

Penyerang merakam video serangan itu dan mengancam akan menyebarkannya jika mereka melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

Wanita berkenaan bekerja untuk organisasi bukan kerajaan, Asha Kiran yang disokong oleh kumpulan mubaligh Kristian tempatan, kata pegawai polis Rajesh Prasad.

“Kami sudah menyoal siasat beberapa orang,” kata Prasad kepada AFP.

Polis juga sudah menahan beberapa penyokong Pathalgadi, gerakan anti-pertubuhan yang popular di beberapa perkampungan.

Penyokong Pathalgadi membenci orang luar dan tidak membenarkan mereka masuk atau menetap di kawasan mereka. – AFP, 22 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen