Mahkamah Indonesia hukum mati dalang serangan 2016


Aman Abdurrahman (baju biru) dikawal polis bersenjata ketika dibawa ke mahkamah bagi pendengaran keputusan hukumannya hari ini. – Gambar AFP, 22 Jun, 2018.

MAHKAMAH Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada seorang anggota militan, Aman Abdurrahman berhubung peranannya dalam serangan kumpulan pengganas Islamic State (IS) pada 2016 yang menyaksikan seorang pengebom nekad mati meletupkan dirinya di kafe Starbuck, Jakarta, lapor AFP.

Dikawal pasukan polis lengkap bersenjata semasa pendengaran keputusan di mahkamah - yang sebelum ini mendapati Aman bersalah kerana menjadi perancang serangan yang mengorbankan empat nyawa  - ketika ia menjatuhkan hukuman.  

Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan yang Aman sebelum ini melalui peguamnya Asrudin Hatjani, mengakui bersiap sedia menerima sebarang keputusan termasuk hukuman mati.

“Sila bulatkan tekad menjatuhkan hukuman terhadap saya, sama ada hukuman penjara sumur hidup atau hukuman mati. Jangan teragak-agak atau berat hati. Tiada sebarang keraguan dan takut dengan hukuman kejam anda ini dalam hati saya. Saya hanya berserah kepada Allah yang menguasai dunia dan akhirat. Dan kami nantikan pembalasan bagi kezaliman kamu ini di dunia dan akhirat,” kata Aman ketika membaca kenyataan pembelaannya pada 25 Mei lalu.– 22 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen