Mahkamah Indonesia bakal putuskan hukuman dalang serangan 2016


Aman Abdurrahman disyaki menjadi dalang serangan bersenjata dan pembunuh nekad di pusat bandar Jakarta yang menyebabkan empat penyerang dan empat orang awam maut. – Gambar AFP, 22 Jun, 2018.

MAHKAMAH Indonesia bakal memutuskan pada Jumaat sama ada untuk menghukum mati seorang anggota militan kerana peranannya dalam serangan pengganas pada 2016 yang merupakan pertama kali akui dilakukan kumpulan Islamic State (IS) di Asia Tenggara.

Aman Abdurrahman disyaki menjadi dalang serangan bersenjata dan pembunuh nekad di pusat bandar Jakarta yang menyebabkan empat penyerang dan empat orang awam maut.

Serangan di ibu negara itu menyaksikan adegan dramatik pengebom meletupkan diri di Starbucks sementara pasukan keselamatan bertempur dengan militan bersenjata.

Bulan lalu, pihak pendakwa raya menuntut agar Abdurrahman dihukum mati kerana serangan itu.

Abdurrahman - dianggap ketua bagi penyokong IS di Indonesia - juga pemimpin ulama rangkaian militan tempatan Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

Pihak berkuasa berkata JAD bertanggungjawab terhadap serangan 2016 dan gelombang pengeboman nekad mati di Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia bulan lalu.

Dua keluarga - termasuk kanak-kanak perempuan berumur sembilan dan 12 - meletupkan diri mereka di gereja dan balai polis yang mengorbankan 13 nyawa.

Semuanya mempunyai kaitan dengan JAD, dengan bapa kepada pengebom gereja yang maut dikenal pasti sebagai pemimpin tempatan dalam kumpulan itu.

Pihak berkuasa tidak mendakwa Abdurrahman, yang berada dalam penjara bagi pertuduhan keganasan berasingan berhubungan serangan Surabaya.

Walaupun dalam penjara sejak 2010, Abdurrahman merekrut anggota militan untuk menyertai IS, dikatakan berkomunikasi dengan pemimpin kumpulan militan, dan merupakan penterjemah utama propaganda IS di Indonesia, menurut penganalisis dan pihak berkuasa.

Indonesia, negara majoriti Islam terbesar di dunia, sekian lama bergelut dengan militan Islam, termasuk pengeboman Bali 2002 yang membunuh 202 orang - kebanyakannya pelancong asing - dalam serangan pengganas paling buruk di negara ini. – AFP, 22 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen