BEBERAPA negeri di Amerika Syarikat (AS) bertindak menyaman pentadbiran Presiden Donald Trump berhubung dasar “sifar toleransi” yang menyebabkan ribuan kanak-kanak pendatang dipisahkan daripada keluarga mereka di sempadan AS-Mexico.
Walaupun Trump menandatangani perintah eksekutif pada Rabu untuk menamatkan amalan itu susulan kemarahan domestik dan antarabangsa, Washington State pada Khamis mengatakan ia akan mengetuai gabungan negeri yang mencabar undang-undang “dasar pemisahan keluarga secara paksaan di sempadan selatan AS. “
Walaupun arahan Trump, tidak terdapat rancangan segera untuk penyatuan semula keluarga itu.
“Kami tidak dapat meramalkan apa dasar atau hasrat presiden ini,” kata Gabenor Washington Jay Inslee dalam satu kenyataan.
“Semua dasar kejam dan perintah eksekutif ini bukan Amerika dan membuat kekacauan, ketakutan dan ketidakpastian. Washington terus bersedia untuk memastikan presiden ini dipertanggungjawabkan.”
Dalam usaha membendung kemasukan puluhan ribu pendatang dari Amerika Tengah dan Mexico yang tiba di sempadan selatan setiap bulan, Trump pada awal Mei memerintahkan supaya semua yang menyeberangi sempadan secara haram ditangkap dan anak-anak mereka ditahan secara berasingan.
Hampir semua keluarga yang tiba dan banyak lagi, secara rasmi meminta suaka dengan alasan keganasan yang berlaku di negara asal mereka.
Perintah eksekutif Trump “tidak melakukan sebarang tindakan menyatukan semula keluarga yang dipisahkan oleh dasar pentadbiran Trump,” kata pejabat Peguam Negara Washington.
“Kedua, arahan itu dipenuhi banyak kaveat yang tidak bermakna,” katanya dalam satu kenyataan.
Saman daripada semua negeri itu, yang dijangka difailkan pada Khamis, akan mendakwa pentadbiran kerana “melanggar perlembagaan dengan pemisahan hak ibu bapa dan anak-anak dan tanpa sebarang dapatan yang ibu bapa berkenaan menjadi ancaman kepada anak mereka”, kata pejabat Peguam Negara.
Ia juga menyifatkan dasar persekutuan satu diskriminasi kerana ia hanya mensasarkan sempadan selatan, dan mengatakan pentadbiran melanggar undang-undang suaka AS dengan tidak menerima orang di pelabuhan masuk.
Sebanyak 10 negeri dan Daerah Columbia setakat ini menyertai Washington dalam saman itu. – AFP, 22 Jun, 2018.
Komen