JURULATIH Jorge Sampaoli memohon maaf daripada peminat Argentina pada Khamis selepas kalah ditangan Croatia 3-0 oleh Croatia menyebabkan impian Lionel Messi dalam Piala Dunia berdepan bahaya.
Gol separuh masa kedua daripada Ante Rebic - yang berpunca daripada kesilapan besar penjaga gol Argentina, Willy Caballero - Luka Modric dan Ivan Rakitic memperolehi kemenangan pantas untuk pasukan Eropah dan melayakkan laluan mereka ke dalam 16 pasukan terbaik.
Dengan penuh kesal, Sampaoli berkata kekalahan itu adalah kesalahan beliau sepenuhnya dan meminta maaf kepada penyokong yang menangis di Stadium Nizhny Novgorod di tebing Sungai Volga.
“Pertama sekali, saya akan memohon kemaafan mereka, terutama mereka yang datang jauh untuk menyaksikan aksi Argentina,” kata Sampaoli perlahan.
“Saya bertanggungjawab terhadao keputusan ini tetapi saya juga mempunyai harapan yang tinggi seperti peminat lain juga.”
Kekalahan pasukan yang termasuk dalam Kumpulan D itu bermakna, Argentina yang merupakan antara pasukan pilihan dan finalis pada 2014, berada di ambang pintu keluar yang memalukan
Mereka hanya mempunyai satu mata daripada dua perlawanan dan pastinya perlu mengalahkan Nigeria dalam perlawanan akhir mereka untuk berpeluang mengelakkan penyingkiran.
Bagaimanapun, bagi Argentina dan Messi - penyingkiran kerana prestasi buruk itu bermula beberapa saat sebelum wisel terakhir.
“Saya terpaksa membuat perancangan untuk perlawanan ini,” kata Sampaoli.
“Jika saya mengatur beberapa perancangan yang berbeza, hasilnya mungkin menjadi lebih baik. Saya tidak fikir ia realistik untuk meletakkan beban pada Caballero.”
Beliau menambah pasukannya berada dalam tekanan kerana menyedari mereka memerlukan keputusan positif daripada permainan itu, namun ia hancur selepas terlepas gol pertama. – AFP, 22 Jun, 2018.
Komen