PASUKAN yang diketuai komander tentera Libya, Khalifa Haftar, hari ini berkata ia berjaya menawan semula dua terminal eksport minyak utama, seminggu selepas mereka diserang pemberontak.
“Angkatan tentera kami mempunyai kawalan penuh ke atas wilayah Ras Lanuf,” kata jurucakap angkatan tentera Ahmed al-Mesmari, sambil menambah ia juga berjaya menawan semula terminal minyak di Al-Sidra.
Kumpulan bersenjata pada 14 Jun menyerang terminal minyak di Ras Lanuf dan Al-Sidra yang dikawal pasukan Haftar sekitar 650 kilometer dari timur Tripoli.
Pengawal Kemudahan Petroleum, yang diketuai Ibrahim Jadhran, menguasai terminal dan menyekat eksport selama bertahun-tahun berikutan kematian dan pembunuhan pemimpin Libya Muammar Gaddafi pada 2011, sebelum diusir oleh tentera yang dipimpin Haftar pada 2016.
Minggu lalu, Jadhran, yang berasal dari puak Al-Magharba dari rantau itu, berkata dalam sebuah video yang dia sudah membentuk satu perikatan untuk merebut semula terminal minyak tersebut. – AFP, 21 Jun, 2018.
Komen