Abang Johari nafi jumpa Zahid bincang pembentukan GPS


Desmond Davidson

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg menafikan bertemu bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan mengenai pembentukan Gabungan Parti Sarawak (GPS). – Gambar Facebook The Malaysian Insight, 21 Jun, 2018.

KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg menafikan bertemu bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan mengenai pembentukan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Tiada pertemuan. Tiada perbincangan mengenai perkara itu,” kata Abang Johari menerusi Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Idris Buang.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan pemangku presiden Umno dalam satu klip video, memberitahu hadirin bahawa bekas parti komponen Sarawak Barisan Nasional (BN) menerima restu Umno untuk meninggalkan gabungan tersebut.  

Dalam rakaman yang tular di media sosial itu, Zahid berkata beliau dan Abang Johari bertemu untuk berunding mengenai pembentukan GPS bagi menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak ke-12 pada 2021.

Zahid berkata Abang Johari memberikan pandangannya dan bersetuju dengan pembentukan gabungan negeri yang baru.

Idris, yang juga Adun Muara Tuang, menafikan dakwaan Zahid yang Abang Johari memberi jaminan GPS akan bekerjasama dengan BN jika BN kembali berkuasa, atau terdapat perjanjian sulit antara GPS dan Umno untuk memenangi pilihan raya negeri.

Beliau berkata empat bekas parti komponen Sarawak BN keluar daripada gabungan itu atas “satu sebab… iaitu GPS adalah satu-satunya gabungan parti Sarawak yang mampu memperjuangkan hak Sarawak.”

Idris berkata GPS adalah sebuah gabungan yang bebas dalam setiap aspek. – 21 Jun, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen