PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kini berada di hospital untuk proses bersalin, menurut kenyataan dikeluarkan pejabatnya pada Khamis.
Justeru, beliau menyerahkan tugas kepada timbalannya menjelang proses bersalin.
Berusia 37 tahun, beliau dijangka menjadi pemimpin dunia kedua yang melahirkan anak ketika sedang memegang jawatan, hanya beberapa bulan selepas mengambil alih tugas utama negara pada Oktober.
Ardern akan mengikuti jejak langkah bekas perdana menteri Pakistan Benazir Bhutto, yang pada 1990 menjadi satu-satunya wanita dalam sejarah yang direkodkan melahirkan semasa memagang tampuk kuasa.
Timbalan Winston Peters kini bertindak sebagai perdana menteri sementara Ardern mengambil cuti bersalin selama enam minggu.
Tarikh jangkaan bersalin Ardern dijadualkan pada 17 Jun dan beliau tidak mendedahkan jantina bayi dengan pasangannya, Clarke Gayford. – AFP, 21 Jun, 2018.
Komen