PEJUANG Taliban membunuh 30 anggota pasukan keselamatan Afghanistan dalam beberapa serangan di barat negara itu, kata pihak berkuasa pada Rabu sehari selepas kumpulan itu menamatkan gencatan senjata.
“Lebih separuh daripada angka kematian datang daripada serangan hendap dan letupan bom yang mengenai konvoi bantuan,” kata gabenor wilayah Badghis Abdul Qhafoor Malikzai kepada AFP.
Anggota tentera dan polis yang lain terbunuh apabila kumpulan militan menyerang pangkalan mereka, tambah Qhafoor.
Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu menerusi mesej WhatsApp kepada wartawan.
Ketua majlis daerah Abdul Aziz Bek mengesahkan angka kematian berkenaan.
“Ketika gencatan senjata, Taliban menghantar perisik bagi mencari maklumat mengenai pangkalan dan merancang serangan,” katanya kepada AFP. – AFP, 20 Jun, 2018.
Komen