SYARIKAT penerbangan Red Wings pada Rabu membuat penerbangan sulungnya ke Iraq sebagai perkhidmatan komersil antara Moscow dan Baghdad sejak ia dihentikan akibat perang pada 2003.
Airbus 320 berlepas pada jam 1.30 pagi waktu Moscow dari lapangan terbang Domodedovo di ibu negara Rusia.
Media Rusia melaporkan minggu ini syarikat penerbangan itu diberikan kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Iraq untuk memulakan satu penerbangan biasa seminggu sekali dari Moscow ke Baghdad.
Penerbangan komersil antara kedua-dua negara dihentikan pada 2004 apabila gabungan yang diketuai Amerika Syarikat menggulingkan rejim Saddam Hussein.
Pihak berkuasa Rusia dan Iraq berunding untuk memulakan penerbangan sejak 2015.
Pada September tahun lepas, Iraq Airways menyempurnakan penerbangan pertamanya ke Moscow bagi tempoh 13 tahun.
Moscow dan Baghdad baru-baru ini mengukuhkan hubungan ketenteraan dengan Iraq membeli kereta kebal Rusia T-90 bulan ini. – AFP, 20 Jun, 2018.
Komen