80 tapak bazar Ramadan patutnya percuma, kata wakil rakyat


Low Han Shaun

Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun membuat laporan polis hari ini mengenai skandal tapak bazar Ramadan di Bukit Bintang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Jun, 2018.

80 tapak bazar Ramadan diperuntukkan kepada peniaga kecil ditaja sepenuhnya dan tiada kutipan wang dibuat, kata Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun.

Fong mengeluarkan surat sokongan kepada Ketua Pemuda Bersatu Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abd Karim seperti diminta oleh DBKL untuk meluluskan tapak tersebut.

“Dan itu (lot) adalah percuma kepada mereka untuk berniaga di sana, tidak melibatkan wang.

“Malah DBKL (lesen) pun ada orang taja,” kata Fong selepas membuat laporan polis di Dang Wangi.

Pengarah Perlesenan dan Pembangunan Peniaga Kecil DBKL Anwar Mohd Zain enggan meluluskan permohonan  tapak tambahan dibuat Noorhisyam di bazar Jalan Masjid India.

Anwar berkata “pengesahan dan persetujuan bertulis ahli Parlimen Bukit Bintang” diperlukan untuk kelulusan.

Bagaimanapun, setelah kelulusan wujud beberapa aduan yang Noorhisyam menyewakan 80 tapak bazar Jalan Masjid India sehingga mencecah RM5,000 setiap satu, dakwaan itu dinafikannya. – 20 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen