WHITE House semalam mengumumkan pengunduran pembantu Presiden Donald Trump, Joe Hagin.
Beliau individu yang bertanggungjawab memainkan peranan utama dalam menjayakan pertemuan antara Trump dan ketua Korea Utara, Kim Jong-Un di Singapura.
Hagin, 62, yang pernah berkhidmat di bawah tiga presiden Republikan sebelum ini iaitu Ronald Reagan, George HW Bush dan George W Bush akan kembali berkhidmat di sektor swasta.
“Joe Hagin aset penting dalam pentadbiran saya,” kata Trump sambil mengucapkan terima kasih ke atas lelaki itu kerana merancang dan melaksanakan antara lawatan luar negara yang amat bersejarah pernah dibuat presiden selama ini.
Hagin menyertai senarai panjang bekas petugas yang mengundurkan diri dari White House sejak beberapa bulan lalu, sama ada secara sukarela atau dipecat. – AFP, 20 Jun, 2018.
Komen