5 cedera letupan ‘litar pintas’ di London


Letupan berlaku di Stesyen Southgate, Utara London. Polis mengesahkan ia bukan kejadian pengganas. – Gambar AFP, 20 Jun, 2018.

SATU letupan “kecil’ berlaku di sebuah stesyen keretapi bawah tanah di London lewat Khamis menyebabkan lima cedera, kata polis yang menambah kejadian itu disebabkan oleh litar pintas.

Polis London mengatakan mereka diberitau kejadian letupan itu yang berlaku di Stesyen Southgate, Utara London.

Pasukan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian dan stesyen itu kini ditutup.

“Siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca letupan, yang nampaknya kecil. Tiada kecederaan serius dilaporkan,” kata polis.

“Kami tak percaya ia kejadian ada kaitan dengan keganasan,” kata polis pengangkutan Britian menerusi akaun Twitternya.

Scotland Yard kemudian mengatakan punca letupan adalah “litar pintas bateri”.

Perkhidmatan ambulans London mengesahkan dua dikejarkan di hospital dan tiga lagi di rawat di tempat kejadian kerana kecederaan ringan. – AFP, 20 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen