PERTEMBUNGAN berlaku berhampiran Parlimen Ukraine di Kiev pada Selasa selepas lebih 1,000 penunjuk perasaan cuba merempuh pagar besi untuk memasuki bangunan itu, kata polis.
Penunjuk perasaan yang terdiri daripada pekerja lombong arang batu, veteran Perang Afghanistan Soviet dan “penyelesai masalah” Chernobyl (kumpulan yang menangani bencana nuklear 1986) menuntut kadar upah yang setimpal serta pelbagai faedah.
Pekerja lombong turut menuntut agar majikan mereka memberikan ganti rugi atas gaji yang tidak dibayar.
Beberapa pegawai penguatkuasa cedera dalam pertembungan tersebut, kata polis selepas menahan seorang penunjuk perasaan.
Pihak berkuasa meningkatkan langkah-langkah keselamatan di luar Parlimen dengan mengerahkan 500 anggota polis untuk mengawal bangunan itu.
Naib Speaker Parlimen Iryna Gerashchenko berucap di hadapan penunjuk perasaan dan menjemput perwakilan daripada setiap organisasi untuk berunding. – AFP, 19 Jun, 2018.
Komen