JUMLAH kematian akibat gempa bumi di Osaka, Jepun pada Isnin meningkat kepada lima orang manakala 370 lagi cedera, kata para pegawai pada Selasa.
Kematian kelima melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun yang ditemui mati dihempap buku dan cakera padat di rumahnya, kata seorang jurucakap kerajaan tempatan.
Mangsa lain yang terbunuh sebelum ini ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, selepas terperangkap dalam runtuhan tembok di sekolahnya susulan gempa berukuran 5.3 itu.
Dua lagi mangsa ialah lelaki, masing-masing berusia 80 dan 84 tahun yang maut akibat ditimpa runtuhan tembok dan almari buku.
Jurucakap kanan kerajaan, Yoshihide Suga memberitahu wartawan, empat kematian telah disahkan setakat ini dan 381 lagi mengalami kecederaan namun tidak tidak dipastikan tahap kecederaan semua mangsa terbabit.
“Kerajaan akan meneruskan usaha menyelamatkan orang ramai,” katanya sambil menambah, tiada laporan kehilangan mana-mana individu diterima setakat ini.
Katanya, kerajaan juga akan mengambil langkah segera bagi memulihkan semula bekalan gas dan air bersih yang terputus sejak gempa, semalam.
Agensi meteorologi Jepun memberi amaran, hujan lebat yang dijangka turun di Osaka hari ini dan esok boleh meningkatkan risiko berlakunya tanah runtuh. – AFP, 19 Jun, 2018.
Komen