TUJUH puluh sembilan orang terbunuh atau hilang atau dianggap terbunuh susulan kebakaran dashyat yang melanda sebuah blok apartmen di London minggu lepas, kata polis hari ini ketika seluruh Britain bertafakur seminit bagi menghormati mangsa.
“Setakat pagi ini, saya sedih untuk katakan yang ada 79 orang yang kita percaya terbunuh atau hilang dan saya perlu katakan walaupun sangat sedih yang sudah terbunuh,” kata komander polis Stuart Cundy kepada wartawan.
Polis sebelum ini meletakkan angka korban seramai 59 orang.
Katanya lagi hanya lima mangsa sudah dikenal pasti secara rasmi oleh polis, walaupun pegawai memberi amaran yang ada mangsa yang tidak dapat dikenalpasti kerana keadaan mayat mereka.
Cundy berkata misi mencari dan menyelamat masih diteruskan dalam bangunan 24 tingkat yang hangus terbakar itu.
“Ini masa yang sangat sukar untuk keluarga terlibat dan mereka ada janji kami yang kami akan melakukan semuanya sepantas mungkin,” katanya.
Cundy berjanji siasatan jenayah “terperinci” dalam kebakaran itu juga akan melihat aspek tambah baik yang dilakukan ke atas bangunan itu tahun lepas.
“Kami akan mencari bukti sampai jumpa,” dan melakukan semua yang boleh “bagi memastikan mereka bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
“Sekiranya kami kenal pasti…isu yang melibatkan keselamatan awam, kami akan berkongsinya serta merta dengan pihak berkuasa berkaitan,” tambahnya.
Cundy memberikan peringatan yang angka 79 itu mungkin berubah.
“Saya percaya ada orang yang berada di Grenfell Tower malam itu yang tidak disedari hilang dan mungkin orang lain tidak menyedari mereka berada di situ malam itu.
“Begitu juga, mungkin ada yang berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran itu dan atas alasan apapun tidak memberitahu yang mereka terselamat kepada keluarga, kawan atau polis,” katanya. – AFP, 19 Jun, 2017.
Komen