ENAM tentera Thailand terbunuh dan empat lagi cedera apabila sebuah bom di tepi jalan meletupkan trak peronda yang dinaiki mereka di daerah bergolak selatan negara itu, kata polis.
“Bom di tepi jalan meletup sebelum tengahari, membunuh enam dan mencederakan empat yang lain,” kata Preuk Liengsuk, ketua polis daerah Thung Yang Daeng.
Daerah majoriti Islam itu bergolak dengan pelbagai serangan keganasan sejak sedekad lalu apabila pejuang pemberontak kaum Melayu bangkit menentang kerajaan majoriti Buddha untuk lebih autonomi.
Tembakan rambang dan serangan bom yang sudah mengorbankan lebih 6,800 nyawa sejak 2004 dengan kedua-dua belah pihak menuduh satu sama lain atas pencabulan hak asasi dan kekejaman.
Junta pemerintah Thailand sudah cuba memulakan kembali perbincangan damai dengan kumpulan pemberontak itu sejak berkuasa pada 2004.
Tetapi rundingan seringkali gagal dan serangan sering berlaku di seluruh daerah bergolak itu.
Kerajaan Thai tidak yakin yang perunding pemberontak boleh mengawal tentera pemberontak yang lain, sementara kumpulan pemberontak tidak yakin junta akan memberikan kuasa autonomi dalam masa terdekat.
Walaupun sasaran pemberontak selalunya ialah tentera dan polis, mereka juga kadang kala menyerang guru, pegawai tempatan dan orang awam yang dianggap berkerjasama dengan kerajaan.
Letupan bom terburuk yang dipersalahkan kepada pemberontak-yang jarang sekali membunuh ramai orang- seramai hampir 40 orang cedera dalam serangan supermarket di Pattani, Mei lepas.
Tentera juga seringkali berdepan tuduhan salah laku kuasa, termasuk pembunuhan dan penyiksaan tahanan dalam daerah yang sudah darurat sejak bertahun lamanya itu. – AFP, 19 Jun, 2017.
Komen