Tentera laut Indonesia, Malaysia, Filipina lancar rondaan bersepadu


Susulan ancaman ekstremis yang kian meningkat,Indonesia, Malaysia dan Filipina melancarkan rondaan tentera laut bersepadu.– Gambar EPA,19 Jun, 2017.

Indonesia, Malaysia dan Filipina hari ini memulakan rondaan tentera laut bersepadu di wilayah ketiga-tiga negara susulan ancaman kumpulan ekstremis yang semakin meningkat.

Rondaan maritim tiga hala yang diselaraskan itu dilancarkan ketika pertempuran masih berterusan antara tentera Filipina dan pengganas Islam ada kaitan dengan kumpulan IS, yang merampas sebahagian bandar Marawi di selatan Filipina, di kepulauan Mindanao.

Ketua tentera Indonesia Gatot Nurmantyo berkata rondaan itu tepat pada masanya memandangkan negaranya sedang berusaha menghalang militan dari Marawi melarikan diri ke Indonesia dan menyamar sebagai pelarian.

Malaysia, Indonesia dan Filipina pada Mei 2016 bersetuju untuk menjalankan rondaan bersama dan berkongsi kepakaran selepas beberapa siri penculikan rakyat asing dilakukan tentera Abu Sayaf yang berpangkalan di selatan kepulauan Filipina di mana beberapa mangsa dipenggal apabila wang tebusan tidak diperoleh.

Ketiga-tiga negara juga bersetuju menubuhkan pusat operasi maritim – di Tarakan, Indonesia, Tawau, Malaysia dan Bongao, Filipina – bagi mengumpul maklumat dan menyelaraskan rondaan.

Ini akan membolehkan kapal yang paling dekat dari mana-mana negara dihantar untuk menjawab panggilan kecemasan dan mengambil langkah segera, kata Nurmantyo.

Pelancaran hari ini dihadiri menteri pertahanan dari ketiga-tiga negara berkenaan. – AFP,19 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen