AS, Korea Selatan tangguh latihan ketenteraan bersama


Keputusan itu dibuat selepas pertemuan Donald Trump dan Kim Jong Un di Singapura. – Gambar AFP, 19 Jun, 2018.

TENTERA AS dan Korea Selatan pada Selasa mengesahkan pembatalan latihan bersama, selepas Presiden Donald Trump untuk menangguhkan latihan menjelang sidang kemuncak dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Seoul yang mempunyai ribuan tentera AS yang ditempatkan di negara itu untuk melindunginya daripada ancaman negara jiran, berkata penangguhan itu akan memberi kesan kepada latihan Ulchi Freedom Guardian yang dijadualkan berlangsung Ogos depan.

“Korea Selatan dan AS merancang untuk meneruskan perbincangan langkah seterusnya,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan menambah yang “tiada keputusan dicapai untuk latihan akan datang.”

Hampir 17,500 anggota tentera AS dijangka terlibat dalam latihan Freedom Guardian.

“Kami masih menyelia langkah tambahan. Tiada keputusan tentang permainan perang lain dibuat,” kata jurucakap Pentagon, Dana White mengesahkan penangguhan itu.

“Tiada kesan kepada latihan Pasifik diluar Semenanjung Korea.”

White mengatakan Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis, Setiauasa Negara Mike Pompeo dan Penasihat Keselamatan Negara John Bolton akan berjumpa minggu ini di Pentagon untuk membincangkan isu itu.

Minggu lepas, Trump mengatakan AS akan menangguh “permainan perang” dengan sekutu Korea Selatan- tetapi tidak menyatakan bila ia dilakukan.

Pemimpin AS itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak apabila menyifatkan latihan itu “provokatif”- terma yang selama ini digunakan Korea Utara. – AFP, 19 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen