Abang ipar raja Sepanyol dihukum penjara kerana rasuah


Bekas pemain bola baling Olimpik dan juga merupakan abang ipar raja Sepanyol, Inaki Urdangarin dihukum penjara selama lima tahun 10 bulan kerana kesalahan rasuah. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.

ABANG ipar raja Sepanyol dipenjara pada Isnin selepas kalah dalam rayuan terhadap sabitan rasuah, kata pihak berkuasa penjara negara itu.

Inaki Urdangarin, suami kepada kakak Raja Felipe, Cristina, dipenjarakan di Brieva, kira-kira 100km (60 batu) di utara Madrid pada pukul 8 pagi (0600 GMT), kata seorang jurucakap.

Bekas pemain bola baling Olimpik itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun 10 bulan kerana menggelapkan berjuta-juta euro dalam kes yang menyebabkan kekacauan di Sepanyol dan mencemarkan imej keluarga diraja.

Tempoh pemenjaraanna bermula ketika Raja Felipe VI memulakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat untuk bertemu Presiden Donald Trump pada Selasa.

Urdangarin diberikan sehingga tengah malam untuk muncul di penjara, penjara kecil yang mampu menampung sehingga 162 banduan, yang kebanyakannya digunakan untuk wanita.

Urdagarin yang berusia 50 tahun itu didapati bersalah tahun lalu kerana menggelapkan jutaan euro antara 2004 dan 2006 daripada yayasan bukan berasaskan keuntungan yang diketuai beliau di kepulauan Majorca.

Hukuman Urdangarin datang enam hari selepas Mahkamah Agung menolak rayuannya, sebagai tanda skandal rasuah yang pertama kali muncul pada 2010 semasa krisis kewangan Sepanyol, dengan Urdangarin dilihat sebagai simbol pandangan golongan elit mengenai rasuah.

Skandal itu merupakan salah satu faktor yang membawa kepada keputusan ayah Raja Felipe VI, Juan Carlos I melepaskan kuasanya pada 2014. – AFP, 18 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen