SEORANG maut manakala lima lagi cedera apabila sebuah van merempuh sekumpulan pejalan kaki berhampiran masjid di London awal pagi tadi, yang disifatkan Perdana Menteri Theresa May sebagai “berpotensi sebagai serangan pengganas”.
Pemandu van berusia 48 tahun itu ditahan orang ramai sebelum ditangkap polis.
Seorang saksi kejadian, Abdiqadir Warra berkata van itu meluru ke arah mangsa lalu menyeret mereka sepanjang beberapa meter di atas jalan.
Datuk Bandar Sadiq Khan berkata ia “serangan dahsyat pengganas”, menggelarnya “sengaja” dan menyasarkan “penduduk London yang tidak bersalah”, yang mana mereka baru saja selesai menunaikan solat pada Ramadan yang mulia”.
May dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat menteri lewat hari ini untuk membincangkan serangan itu.
Awal bulan ini, satu serangan pengganas merempuh pejalan kaki berlaku di kawasan Jambatan London manakala pada Mac lalu, seorang lelaki memandu kereta menghala ke arah orang ramai di Jambatan Westminster. – AFP, 19 Jun, 2017.
Komen