SEKURANG-KURANGNYA 38 tentera asing yang bersekutu dengan rejim Syria terbunuh dalam serangan bom semalaman dekat sempadan timur negara dengan Iraq, kata seorang pemerhati pada Isnin.
Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain mengatakan serangan di bandar Al-Hari itu antara paling dahsyat terhadap tentera bersekutu dengan pemerintah Syria, tetapi tidak dapat mengenal pasti siapa yang melakukannya.
Media Syria melaporkan serangan dan menuduh gabungan yang diketuai oleh Amerika Syarikat terhadap kumpulan militan Islamic State itu, mengatakan beberapa orang terbunuh. – AFP, 18 Jun, 2018.
Komen