Kanak-kanak maut, gempa bumi melanda Osaka


Penumpang sabar menunggu kereta api bawah tanah beroperasi semula di Osaka selepas gempa bumi kuat melanda bandar itu pagi tadi. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan seorang lagi dikhuatiri mati selepas gempa bumi kuat melanda Osaka, bandar kedua terbesar Jepun, pagi tadi.

Tiada laporan berkenaan kerosakan teruk setakat ini dan tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa kuat itu, yang menyebabkan ribuan pengguna jalan raya dan pengangkutan awam terkandas serta ribuan lagi terputus bekalan elektrik.

Polis tempatan berkata kanak-kanak perempuan terbabit meninggal dunia di Takatsuki, utara Osaka.

Media melaporkan mangsa terperangkap apabila dinding runtuh di atasnya di sekolahnya dalam kejadian gempa berukuran 5.3-magnitude itu.

Penyiar berita NHK berkata seorang lagi lelaki warga emas 80 tahun turut terbunuh.

Perdana Menteri Shinzo Abe memberitahu wartawan kerajaan sedang bekerjasama dengan keutamaan ialah menyelamatkan nyawa orang ramai. – AFP, 18 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen