Pengasas Alibaba Jack Ma bertemu Dr Mahathir hari ini


Pertemuan Pengerusi Kumpulan Alibaba, Jack Ma denga Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka bagi membincangkan penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar EPA, 18 Jun, 2018.

PENGERUSI Kumpulan Alibaba Jack Ma yang berada di Kuala Lumpur akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Sumber berkata, jutawan dari China itu ke Malaysia sempena pembukaan pejabat kumpulannya di Bangsar South dan akan melawat perdana menteri di pejabatnya di Putrajaya pada pukul 9 pagi.

Mesyuarat itu akan membincangkan penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, kata sumber.

Walaupun kerajaan baru mengumumkan pelaburan China di Malaysia sedang disemak, Dr Mahathir dilaporkan berkata projek ini akan diteruskan.

DFTZ adalah hab logistik serantau dan Kumpulan Alibaba dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia adalah rakan kongsi dalam projek itu.

Perlu dinyatakan bekas perdana menteri Najib Razak menjemput Ma sebagai penasihat khas kepada Perbadanan Ekonomi Digital beberapa tahun lalu, satu perjanjian yang membuka jalan bagi kerjasama China-Malaysia dalam projek lain.

Sementara itu, pejabat Alibaba Malaysia akan dibuka di Menara UOA di Kuala Lumpur pada jam 12.15 malam, hari ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut dijangka menghadiri majlis pembukaan itu. – 18 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Walaupun kerajaan baru mengumumkan pelaburan china di malaysia perlu dibuat semakan tak semestinya usaha yang baik yang mmberi manfaat kpd negara perlu di berhentikan...harap penubuhan DFTZ dapat mempertingkatkan lagi ekonomi negara & juga serantau.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan