Serangan bunuh diri di Afghanistan ragut 14 nyawa


Seorang mangsa dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam serangan bunuh diri di Jalalabad. – Gambar AFP, 17 Jun, 2018.

SERANGAN bunuh diri di timur Afghanistan pada Ahad membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 45 yang lain, kata pegawai.

Ia merupakan serangan kedua dalam tempoh genjata senjata.

Ledakan itu berlaku di luar pejabat gabenor Nangarhar di ibu kota Jalalabad, jurucakapnya Attaullah Khogyani memberitahu AFP.

Ia juga berdekatan dengan konsulat India.

Khogyani berkata 14 orang terbunuh dan 45 yang lain cedera. Sumber keselamatan Afghanistan mengesahkan serangan bunuh diri tetapi memberikan angka kematian lebih rendah iaitu sekurang-kurangnya 10 orang.

Beluam ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Khogyani berkata, seorang pengebom bunuh diri menyasarkan Taliban, ketua tempatan dan penduduk awam ketika mereka meninggalkan kompleks gabenor selepas menghadiri majlis khas sambutan Aidilfitri.

Pada Sabtu, serangan bunuh diri terhadap Taliban, pasukan keselamatan dan orang awam yang mengadakan pertemuan di sebuah daerah wilayah timur Nangarhar membunuh sekurang-kurangnya 36 orang dan mencederakan 65 yang lain, kata Pengarah Kesihatan Wilayah Najibullah Kamawal kepada AFP.

Kumpulan Daesh di negara itu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. – AFP, 17 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen