Taliban tak teruskan genjatan senjata sempena Aidilfitri


Gencatan rasmi untuk kali pertama di seluruh negara itu, sejak penjajahan Amerika Syarikat pada 2011 disambut gembira warga Afghanistan termasuk Taliban, pasukan keselamatan dan penduduk awam. – Gambar AFP, 17 Jun, 2018.

TALIBAN hari ini berkata mereka tidak akan meneruskan gencatan senjata selama tiga hari dengan pasukan keselamatan Afghanistan dan pertempuran akan bersambung semula.

Perkembangan itu memusnahkan harapan untuk keamanan tempoh singkat yang dikecapi sempena perayaan Aidilfitri.

Kenyataan itu dikeluarkan jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid selepas Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani semalam mengumumkan gencatan kerajaan akan dilanjutkan sambil menggesa kumpulan militan itu turut melaksanakannya.

“Gencatan berakhir malam ini dan operasi kami akan bermula. Kami tidak berhasrat untuk melanjutkan gencatan,” kata Mujahid kepada AFP menerusi mesej Whatsapp.

Gencatan rasmi untuk kali pertama di seluruh negara itu, sejak penjajahan Amerika Syarikat pada 2011 disambut gembira warga Afghanistan termasuk Taliban, pasukan keselamatan dan penduduk awam. – AFP, 17 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen