Afghanistan lanjut gencatan senjata selepas serangan ragut 25 nyawa


Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mengumumkan lanjutan senjata dan meminta Taliban turut bertindak serupa. – Gambar EPA, 17 Jun, 2018.

GENCATAN senjata kerajaan Afghanistan dengan Taliban dilanjutkan pada Sabtu walaupun berlaku insiden bom kereta yang meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa , yang mencemari sambutan Aidilfitri yang menyaksikan militan memeluk pasukan keselamatan dan orang awam dalam sebagai dalam merayakan gencatan senjata yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Presiden Ashraf Ghani membuat pengumuman itu menerusi siaran televisyen yang jarang dilakukan, di mana beliau juga meminta Taliban melanjutkan gencatan senjata tiga hari mereka, yang akan berakhir pada Ahad malam. Setakat ini kumpulan itu tidak memberi respons.

“Saya memerintahkan pasukan keselamatan berada dalam kedudukan pertahanan mereka,” kata Ghani sambil menambah butiran mengenai pelanjutan itu akan dikeluarkan kemudian.

Gencatan senjata kerajaan akan berakhir pada Selasa.

Komen Ghani dibuat pada hari kedua Aifilfitri.

Ia disambut dengan adegan luar biasa pejuang Taliban yang memeluk dan bahkan bersembahyang dengan pasukan keselamatan, ahli politik, dan orang awam di seluruh negara yang terlibat peperangan, gencata senjata pertama penuh emosi di seluruh negara sejak pencerobohan Amerika Syarikat pada 2001.

Serangan pada Sabtu ke atas orang ramai yang meraikan gencatan senjata di daerah Rodat, di wilayah timur Nangarhar, merupakan insiden keganasan utama pertama sejak bermulanya Aidilfitri.

Tiada tuntutan segera terhadap serangan itu, kata jurucakap gabenor wilayah Attaullah Khogyani dalam satu kenyataan yang membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan 54 yang lain.

“Seorang pengebom bertindak meletupkan diri di kalangan orang lamai, pasukan keselamatan dan Taliban yang merayakan gencatan senjata,” kata Khogyani kepada AFP sebelum ini.

Sumber keselamatan Afghanistan memberitahu AFP kumpulan militan Islamic State - yang bukan sebahagian daripada gencatan senjata Kabul - dipersalahkan.

Pengarah Kesihatan Provinsi Najibullah Kamawal mengesahkan jumlah korban. – AFP, 17 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen