TENTERA Israel pada Sabtu mencederakan dua rakyat Palestin di Gaza yang cuba melancarkan belon berapi melintasi sempadan ke Israel, kata para pegawai.
Seorang jurucakap tentera Israel berkata “peralatan udara” menembah sekumpulan berhampiran sempadan Gaza yang melancarkan “belon api” membawa bahan mudah terbakar ke Israel.
Sumber keselamatan Palestin berkata dron menembak orang-orang di timur kem pelarian al-Bureij di pusat Gaza.
Dua orang cedera, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra.
Kira-kira 20 kebakaran berlaku pada Sabtu disebabkan belon dan layang-layang yang membawa bahan mudah terbakar yang dilepaskan menyeberangi pagar sempadan dan ke Israel, jurucakap bomba Israel Eli Cohen kepada AFP.
Sejak protes sempadan utama berlaku pada 30 Mac, lebih 300 kebakaran direkodkan, katanya.
Sekurang-kurangnya 130 orang Palestin maut ditembak tentera Israel pada masa yang sama.
Tiada seorangpun daripada Israel yang terbunuh.
Pada Rabu, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi yang mengutuk Israel kerana menggunakan kekerasan yang keterlaluan terhadap orang awam Palestin di Gaza - di bawah pengepungan Israel selama lebih dari satu dekad.
Palestin menggesa untuk kembali ke tanah air yang mereka tinggalkan dan dipaksa dari 1948 semasa perang berpunca daripada tindakan Israel.
Israel mengatakan kepulangan itu akan menyebakan berakhirnya negara Yahudi dan menuduh pemimpin Islam Gaza Hamas menggunakan penunjuk perasaan sebagai perisai manusia.
Israel dan Hamas bertempur dalam tiga peperangan sejak 2008 dan menyaksikan gencatan senjata yang tegang. – AFP, 17 Jun, 2018.
Komen