WEE Ka Siong menolak dakwaan kemenangannya di kerusi Parlimen Ayer Hitam tidak adil, menambah yang majoriti tipis 303 yang diperolehinya adalah disebabkan sokongan rakyat dan bukannya kerana “prosedur tak munasabah” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Timbalan presiden MCA itu menewaskan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Selasa lalu, Liew memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Johor Bahru mencabar keputusan PRU14 itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wee berkata jumlah undi dibuang di Parlimen Ayer Hitam selari dengan jumlah undi dua Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya, kerana itu beliau mempersoalkan mengapa keputusan DUN tidak dicabar juga. – 16 Jun, 2018
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan