Najib sedih tidak dapat berkomunikasi dengan rakyat 


Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau hanya boleh berkomunikasi dengan rakyat menerusi media sosialnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Jun, 2018

BEKAS perdana menteri Najib Razak meluahkan kesedihannya selepas beliau hanya mempunyai sedikit akses kepada media untuk berkomunikasi dengan rakyat.

Bekas pengerusi Barisan Nasional itu berkata beliau hanya boleh berkomunikasi dengan rakyat menerusi media sosialnya. 

“Saya berasa sedih kerana tidak mempunyai banyak saluran untuk berkomunikasi dengan rakyat Malaysia, kecuali media sosial,” katanya menerusi Twitter dan video yang dimuat naik hari ini. 

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, walaupun bukan lagi dalam kerajaan, BN perlu kekal berkhidat kepada rakyat walau dalam apa jua cara sekalipun. 

“Raya kali ini adalah berbeza. Kita bukan lagi dalam kerajaan.

“Tetapi perjuangan kami ialah untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara sentiasa selamat dan kebajikan rakyat dijaga. Kami akan terue melakukannya,” kata Najib. 

Najib meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN dan presiden Umno selepas pakatannya kalah teruk pada pilihan raya 9 Mei lalu. 

Beliau yang kini disiasat berhubung penggubahan wang haram membabitkan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menerusi posting i Facebooknya malam tadi berkata, Ramadan ini amat mencabar baginy adan keluarga.

Beliau berkata beliau telah memperoleh “kebijaksanaan” daripada ujian tetapi tidak menyatakan apakah ia.

“Ramadan kali ini berbeza dengan yang sebelum ini kerana saya dan rakan-rakan bukan lagi dalam kerajaan. 

“Ramadan ini keluarga dan saya melalui pelbagai ujian dan kami hadapi ujian ini sebagai cabaran kerana kebijaksaan yang kita kecap telah menyebabkan saya menjadi lebih ikhlas dan untuk menjadi lebih reflektif diri.

Katanya, rakyat Malaysia juga perlu memaafkan dan lupakan yang lepas dalam semangat Hari Raya.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan berada di kawasannya semalam di mana beliau mengadakan rumah terbuka Harii raya yang dihadiri penduduk, yang kebanyakan mereka masih tidak percaya dengan dakwaan rasuah yang dilemparkan kepadanya dan menyatakan dakwaan itu bermotifkan politik. – 16 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • kena bersyukur sb bila2 masa shj kau akan ke sri sg buloh

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • muka tebal siapa nak berkominikasi dengan awak!!!!

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Kuey sengchoon · Ulasan

  • Najib has a lot to thank for your then Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak for circumventing all the "fake news" with the exception of the so called main stream medias in particular Utusan. Keruak also launched YangBenar.com which continues to reveal the truth about your past exploits. You also have Twitter, Facebook, 1Malaysia and Najib Razak.com when Tun only had chedet.com. What more do you want?

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Roger 5201 · Ulasan