Laman web dengan domain '.my' tidak boleh diakses di Malaysia


Laman web perbankan tidak boleh diakses buat sementara waktu.– Gambar The Malaysian Insight, 16 Jun, 2018

BEBERAPA laman web yang berakhir dengan domain “.my” tidak dapat diakses buat sementara waktu berikutan maslaaj teknikal dengan syarikat yang mengendalikan domain, MYNIC Berhad. 

Agensi itu berkata ia berdepan dengan masalah dengan DNS Security Extensions dan Internet Assigned Numbers Authority (IANA) yang menjejaskan laman web termasuk laman web perbankan.

“Kami sedang berdepan dengan beberapa masalah teknila berkaitan rangkaian DNSSEC dan IANA. Kami memohon maaf atas kesulitan pelanggan. Butiran lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” kata MYNIC pada posting di Twitter hari ini. 

MYNIC merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ia mengendalikan DNA untuk 8 domain soesifik Malaysia termasuk edu.my, net.my, gov.my dan org.my antara lainya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata tindakan segera akan diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyelesaikan masalah itu.

“Saya telah dimaklumkan pagi ini. MYNIC dan SKMM sedang mengatasi masalah ini. Saya harap ia diselesaikan segera,” katanya menerusi Twitter. 

Sementara itu, Lowyat melaporkan server sedang bertindak sejak semalam dan beberapa laman web yang berfungsi dengan cache akan hilang sekiranya tidak diselesaikan. 

Laman itu juga berkata perbankan dalam talian di negara ini menggunakan domain .com.my jadi mereka menasihatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan transaksi yang dibuat dalam tempoh beberapa hari ini. – 16 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen