Hampir 2,000 kanak-kanak terpisah dari ibu bapa di sempadan AS


Jumlah kanak-kanak pendatang yang terpisah daripada ibu bapa atau oenjaga mereka semakin meningkat hingga memaksa pihak berkuasa mendirikan khemah di sempadan Amerika Syarikat untuk menempatkan mereka. – Gambar EPA, 16 Jun, 2018.

HAMPIR 2,000 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa atau penjaga mereka yang menyeberangi sempadan ke Amerika Syarikat secara tidak sah dalam tempoh enam minggu, kata pihak berkuasa pada Jumaat. 

Presiden Donald Trump berdepan kemarahan berikutan dasar keselamatan sempadan oleh pentadbirannya yang tiada toleransi, dan mengulangi kenyataan beliau marah dengan pemisahan itu tetapi terus menyalahkan parti pembangkang Demokrat berhubung krisis, yang menurut pengkritik ia adalah ciptaannya sendiri. 

Dan presiden membayangkan bahawa drama itu akan berterusan. 

Menurut jurucakap Jabatan Keseamatan Dalam Negeri, antara 19 April dan 31 Mei, seramai 1,995 kanak-kanak terpisah daripada 1,940 penjaga dewasa mereka yang ditahan pihak pengawal sempadan AS.

Ditengah kemarahan berikutan penahanan itu, pengawai DHS bertegas mengatakan kanak-kanak ditahan dalam keadaan baik.

“Kami mempunyai standard penahanan paling tinggi di dunia untuk kanak-kanak,” katanya.  

Kira-kira 1,500 kanak-kanak lelaki ditahan di pasar raya Walmart di Texas, dan kerajaan sedang mendirikan struktur khemah berhampiran sempadan bagi menempatkan kanak-kanak pendatang yang semakin meningkat, termasuk kanak-kanak tanpa penjaga, dalam tahanan. – AFP, 16 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen