PEKERJA Disneyland berkumpul di ibu pejabat syarikat hiburan gergasi itu pada Jumaat untuk menyerahkan petisyen 120,000 tandatangan menuntut gaji sara hidup, menurut penganjur.
Delegasi kecil di Burbank, dekat Los Angeles, mewakili “ratusan” pekerja, menurut kesatuan, yang mengadakan protes di taman hiburan di Anaheim sehari sebelum itu.
“Pendapatan Disney tidak muncul secara ajaib—ia diperoleh menerusi pekerja yang bekerja keras bagi memastikan semua pengunjung melalui pengalaman yang menyeronokkan,” menurut petisyen itu.
“Kesemua pendapatan ini perlu dikongsi dengan semua yang menjadikannya ia kenyataan.”
Petisyen itu menyebut Disney mendapat AS$1.5 bilion setahun daripada potongan cukai parti Republikan Presiden Donald Trump dan aduan bahawa pekerja tidak boleh dipaksa untuk bekerja lebih masa.
Syarikat itu menawarkan 9,500 daripada 30,000 pekerjanya—yang menurutnya sudah mendapat bayaran gaji AS$11 sejam—kenaikan 36% yang akan memperlihatkan mereka mendapat kenaikan hingga AS$15 pada tahun 2020. – AFP, 16 Jun, 2018.
Komen