Lagi van rempuh pejalan kaki di London


Polis menerima panggilan tengah malam semalam berhubung kejadian sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di Seven Sisters Road berhampiran masjid Finsbury Park di utara London. – Gambar Twitter, 19 Jun, 2017.

SEBUAH kenderaan melanggar pejalan kaki di kawasan Finsbury Park di utara London menyebabkan beberapa orang cedera, kata polis hari ini, menambah seorang individu ditahan.

“Polis dihubungi jam 12.10 tengah malam tadi untuk melaporkan mengenai sebuah kenderaan berlanggar dengan pejalan kaki.

 “Beberapa mangsa maut di tempat kejadian. Seorang suspek ditahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis Muslim Britain (MCB) menerusi Twitter berkata: “Kami dimaklumkan yang sebuah van melanggar jemaah ketika keluar dari masjid #FinsburyPark. Doa kami mengiringi semua mangsa.”

Ketua MCB Harun Khan berkata van itu “sengaja” melanggar pejalan kaki yang baru saja selesai menunaikan solat pada bulan Ramadan.

Masjid itu terletak berhampiran Seven Sisters Road, di mana kemalangan itu berlaku, dan pernah menjadi lokasi pengganas radikal Islam, tetapi ia kini berubah sepenuhnya di bawah pengurusan baharu. – AFP, 19 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen