CADANGAN mewujudkan Blok Borneo oleh Presiden Sabah Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan adalah suatu idea menarik yang wajar dipertimbang, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Masing.
“Secara peribadi, idea yang menarik patut dipertimbangkan.
“Sudah tiba masa kita (Sabah dan Sarawak) bersatu. Perpecahan parti-parti di Borneo tidak membawa keuntungan,” kata Masing kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Ketua Menteri Abang Johari di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching.
Masing, yang juga timbalan ketua menteri, berkata demikian ketika ditanya mengenai hasrat Kitingan untuk bertemu dengan parti-parti Sarawak, termasuk bekas parti Barisan Nasional (BN) Sarawak, selepas Hari Raya. – 15 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen