KETIKA Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan dan pelantikan dibuat tanpa begitu mengambil kira faktor kaum dan politik, perdebatan bergolak di Sarawak di mana suku kaum masih mempunyai pengaruh besar.
Secara khususnya ialah keputusan kerajaan Dr Mahathir Mohamad untuk melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara mencetuskan cakap-cakap dalam kalangan rakyat Sarawak di media sosial dan akhbar tempatan yang mendesak jawatan penjawat awam di negeri itu diberikan lebih banyak kepada penduduk tempatan, bukannya Melayu.
Melayu yang jika digabungkan dengan Melanau membentuk 29% daripada populasi di negeri itu, tetapi menduduki 54% jawatan dalam kerajaan negeri.
Sebaliknya, Dayak yang terdiri daripada 45% populasi negeri hanya mendapat 28% daripada jawatan dalam perkhidmatan awam.
Melayu juga majoriti menduduki jawatan tinggi antara Gred 41 dan Jusa, dengan 65% gred Jusa dipegang oleh mereka, menurut statistik 2015.
Antara yang menerima kritikan ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Minister James Masing, yang dikatakan gagal menangani isu itu sejak sekian lama.
Dalam satu mesej dimuat naik di media sosial: “James Masing, apa yang anda buat selama ini?”
Selama ini, Dayak sudah pun rasa tidak gembira dengan ketidakseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam, tetapi cakap-cakap seperti itu muncul lagi selepas PH menang PRU14, 9 Mei lalu.
Aktivis hak asasi manusia dan politik Hugh C Mawar di Facebook berkata: “Siapa yang amalkan aparteid di dalam perkhidmatan awam Sarawak, Malaya atau BN Sarawak? – 15 Jun, 2018.
Baca berita penuh di sini.
Komen