RIBUAN penyokong Rusia dan antarabangsa membanjiri lokasi zon peminat untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai Piala Dunia yang menyaksikan Rusia mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Arab Saudi.
Kira-kira 10,000 penyokong, dengan ada yang datang bersama anak kecil, berkumpul di zon peminat berhampiran Stadium Luzhniki yang menyediakan skrin gergasi untuk menyaksikan perlawanan.
Penyokong Rusia dilihat kurang berbanding penyokong dari negara lain, namun mereka cukup gembira menyaksikan pasukan kesayangan memulakan kempen dengan cemerlang.
“Saya yakin kami akan menang. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya kami ketika ini,” kata pelajar, Yelena Krasnykh.
“Kami sangat bangga. Secara jujur, kami tidak sangka Rusia mampu menang besar,” kata Veremonika Kripolapova.
“Pasukan kami tidaklah begitu teruk. Apa yang berlaku di Rusia sukar untuk diramalkan,” kata seorang pekerja kilang, Pavel. – AFP, 15 Jun, 2018.
Komen