Argentina lulus RUU gugurkan bayi


Wakil rakyat Argentina semalam meluluskan RUU pengguguran bayi di Buenos Aires. RUU itu akan dibawa ke peringkat senat. – Gambar AFP, 15 Jun, 2018.

WAKIL rakyat Argentina semalam menyokong satu rang undang-undang (RUU) untuk menjadikan pengguguran anak dalam tempoh 14 minggu pertama sebagai tidak menyalahi undang-undang.

Ia menjadi langkah bersejarah untuk Pope Francis di negara Katolik itu, walaupun langkah berkenaan perlu diluluskan dulu di peringkat Senat.

Ribuan aktivis hak asasi menggugurkan anak bergembira di luar Kongres ketika Dewan Rakyat meluluskan RUU itu dengan 129 undi berbanding 125 undi.

RUU itu kini akan dibawa ke Senat, di mana ia mungkin berdepan laluan sukar untuk dijadikan undang-undang.

Bagaimanapun, dalam tempoh beberapa hari selepas undian itu, bekas presiden yang kini senator Cristina Kirchner mengetepikan halangan besar itu dengan berkata ia akan berpihak kepada undi.

Isu itu memecahbelahkan masyarakat Argentina: walaupun ia menjadi negara Latin Amerika yang pertama membenarkan perkahwinan sejenis pada 2010, ia kekal di bawah pengaruh kuat gereja Katolik dan pope, yang juga bekas uskup agung Buenos Aires. – AFP, 15 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen