Penjara dan lokap akan lalui pembaharuan, kata Nurul Izzah 


Low Han Shaun

Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua pada pelancaran buku Tian Chua yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 14 Jun, 2018

PENJARA dan lokap akan melalui pembaharuan institusi pada sesi parlimen akan datang, kata Nurul Izzah Anwar. 

Ahli Parlimen Permatang Pauh mengatakan bahawa terdapat pembaharuan pada asalnya ketika pemerintahan bekas perdana menteri Najib Razak tetapi tidak ada kehendak politik untuk melaksanakannya.

“Pembaharuan penjara disebut oleh (bekas menteri dalam negeri) Zahid Hamidi, tetapi tiada politik untuk melaksanakannya,” katanya hari ini. 

“Mereka (pentadbiran Najib Razak) ada dokumen (untuk pembaharuan penjara), dan ia sepatutnya dibentangkan di Parlimen.”

Katanya Akta Penjara 1995 adalah kuno dan perlu dikemaskini kepada keperluan rakyat Malaysia sekarang.

“Kita perlu tingkatkan sistem kita yang sudah kuno dan di bawah terma British sepenuhnya, kepada keperluandan kelayakan terkini,” katanya. 

Nurul Izzah yakin beliau akan mendapat sokongan daripada penjawat awam. 

“Pada saya ia memang masuk akal. Saya yakin penjawat awam sendiri akan menyokong saya,” katanya. 

Sementara itu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata, ia juga perlu disertakan pembaharuan prosedur operasi standard dan melatih anggota polis dalam mengendalikan tahanan. 

“Banyak penderaan berlaku dalam lokap polis, lebih banyak berbanding dalam penjara. 

“Tahap kebersihan lokap polis juga perlu ditingkatkan,” katanya dan menambah terdapat beberapa kes kebersihan tahanan diabaikan. 

Tian Chua sebelum ini dipenjarakan pada September lalu Penjara Kajang selama sebulan kerana menceroboh harta polis. 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia melaporkan 231 kes kematian direkodkan antara tahun 2000 dan Mei 2013, dengan hanya dua kes disebabkan oleh polis. 

Menurut statistik trkini polis, sejumlah 233 tahanan mati dalam tahanan dari 2000 hingga Ogos 2013. 

Terdapat 19 kematian dilaporkan pada 2013 sahaja dan emoat kematian dalam dua bulan pertama 2014. – 14 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen