Masyarakat Cina sokong Pakatan, undi Melayu pecah tiga, menurut laporan 


Kajian Merdeka Centre mendapati 95% kaum Cina mengundi pakatan empat parti yang diketuai Dr Mahathir Mohamad.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2018

KAJIAN Merdeka Centre mendapati kaum Cina paling banyak mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 9 Mei, manakala undi Melayu terbahagi sama rata, lapor The Straits Times. 

Merdeka Centre mendapati 95% kaum Cina mengundi pakatan empat parti yang diketuai Dr Mahathir Mohamad, manakala 35-40% Melayu mengundi BN, 30-33% lagi mengundi PAS dan selebihnya memilih PH. Bagi pengundi India, 70-75% daripada mereka menyokong PH. 

Pada pilihan raya 2013, 86% kaum Cina mengundi pakatan yang sudah tidak berfungsi Pakatan Rakyat termasuk PAS, dan juga DAP dan PKR, manakala 36% Melayu dan 62% India menyokong PR.

Penganalisis berkata pecahan tiga undi Melayu bermakna sokongan terhadap kumpulan etnik terbesar Malaysia akan dicabar oleh tiga kumpulan politik utama. 

Data kajian menunjukkan walaupun BN dan PAS mendapat undi Melayu pada 70-75%, kebanyakan masyarakat Melayu di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menyokonh PH, hingga membolehkan kumpulan pembangkang menawan negeri ini.

Sementara PAS mengekalkan Kelantan, menawan Terengganu dan memberi laluan kepada negeri Melayu di Kedah dan Perak.

Pengurus kajian Merdeka Centere Tan Seng Keat berkata, tidak gembira dengan cukai GST Najib Razak menyebabkan ramai orang Melayu meninggalkan BN, tetapi mereka juga ragu dengan PH kerana ia didominasi oleh parti majoriti Cina, DAP.

Ini bermakna pemimpin PH perlu berhati-hati dengan isu yang mungkin sensitif kepada orang Melayu seperti pelantikan Tommy Thomas, peguam negara bukan Melayu pertama sejak merdeka, dan persoalan mengenai perbelanjaan diraja.

Penganalis dari kumpulan perunding politik KRA, Amir Fareed Rahim berkata: “Sekiranya PH terus menekankan apa yang dilihat sebagai agenda ‘liberal’ seperti mempersoalkan raja-raja, sekiranya Umno tidak bersedia dalam tempoh lima tahun, orang Melayu akan cenderung kepada PAS. 

Minggu lalu, ketua umum PKR Anwar Ibrahim berkata orang Melayu bimbang pelantikan Peguam Negara bukan Melayu akan memberi ancaman kepada hak Melayu dan kedudukan Islam. 

Namun ahli sains politik Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang, percaya lebih 20% orang Melayu akan sentiasa menyokong kerajaan hari ini.

“Oleh itu, saya percaya PH sekarang akan mempunyai, jika tidak lebih daripada 50% sokongan di kalangan orang Melayu selepas pilihan raya.”– 14 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen