SEEKOR kucing bermata biru meramalkan Rusia bakal menang perlawanan pertama Piala Dunia 2018.
Achilles, seekor kucing pekak berbulu putih pada Rabu, memilih mangkuk makanan dengan logo bendera tuan rumah dan bukannya Arab Saudi, yang merupakan lawan Rusia pada Khamis nanti.
Kucing berkenaan mengikut jejak langkah sotong kurita, Paul yang mencuri perhatian pada 2010 selepas meramal pemenang perlawanan Piala Dunia tahun itu dengan memilih salah satu daripada kotak yang berisi makanan. – Gambar AFP, 13 Jun, 2018.
Komen