GPS perlu jadi parti berbilang kaum


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing berkata pilihan raya umum pada 9 Mei lalu telah menunjukkan yang rakyat menolak parti berasaskan kaum. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Jun, 2018.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) harus menjadi parti berbilang kaum untuk membuang jauh imej Barisan Nasional (BN), kata Presiden Parti Rakyat Sarawak, James Masing.

Empat parti anggota GPS kini katanya perlu dibubar dan bergabung untuk melengkapkan “jelmaannya” yang bebas daripada pendekatan parti berasaskan kaum yang diguna pakai BN.

Kata Masing, perkara ini telah dimajukan kepada Ketua Menteri Abang Johari Openg menerusi satu memo semalam selepasParti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dari BN.

Dengan keputusan empat parti komponennya di Sarawak itu, BN kini tinggal 60 kerusi di Parlimen, dengan 54 daripadanya ialah Umno. 

Dalam PRU14 yang lalu, BN menang 19 kerusi di Sarawak – dengan PBB menang 13 kerusi sementara PRS 3, PDP 2 dan SUPP 1.

Pakatan Harapan menguasai baki 12 kerusi daripada keseluruhan 31 kerusi Parlimen negeri itu. 

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata pilihan raya umum pada 9 Mei lalu telah menunjukkan yang rakyat menolak parti berasaskan kaum.

Oleh itu, keempat-empat parti dalam GPS perlu mengkaji semula struktur politik mereka supaya kekal relevan apabila pilihan raya negeri diadakan pada 2021.

PRS, parti terbesar dalam GPS, berasaskan Dayak, manakala PBB adalah untuk Bumiputera Sarawak termasuk Melayu dan Melanau. Hanya SUPP dan PDP yang terdiri dari pelbagai kaum.

Dalam memonya yang bertarikh 11 Jun itu, Masing berkata “satu kesilapan besar jika kita tidak berubah dan maju ke depan, terutamanya dalam cara dan dan adab kita mentadbir Sarawak”, walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 dan pilihan raya negeri 2016 menunjukkan bahawa “majoriti rakyat Sarawak masih bersama kita”. – 13 Jun, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen