Selepas PRU14, pusat khidmat MCA pun bungkus


Semua pemimpin tertinggi MCA tewas, hanya Timbalan Presiden Wee Ka Siong yang kekal sebagai ahli Parlimen Ayer Hitam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Jun, 2018.

PUSAT khidmat MCA di seluruh negara kini ditutup kerana kekurangan dana selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus gagal mempertahankan tampuk pemerintahan.

Pusat-pusat khidmat ini membantu masyarakat menyelesaikan masalah bermula dari masalah mendapatkan kad pengenalan hinggalah yang melibatkan pihak berkuasa tempatan.

Namun, semua ini berubah apabila MCA kalah teruk dalam PRU14 pada 9 Mei lalu.

MCA fikir mereka akan mendapat sokongan antara 23% dan 25% dari pengundi Cina, tetapi pada PRU14 parti itu hanya memperoleh 2% undi Cina, menjadikannya sebuah parti yang pernah mewakili kepentingan Cina kini tinggal sejarah.

Kini, MCA hanya memegang kerusi Ayer Hitam (parlimen), Cheka dan Titi Tinggi (DUN). Semua pemimpin tertingginya tewas, hanya Timbalan Presiden Wee Ka Siong yang kekal sebagai ahli Parlimen Ayer Hitam.

Seorang pemimpin cawangan berkata penutupan pusat khidmat MCA menjadikan parti itu tidak lagi selari dengan prinsipnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Pengundi dah tak mahu kami lagi, jadi tak guna lagi berkhidmat. Lagipun, kami sekarang pembangkang, tak ada dana untuk pastikan pusat khidmat berfungi. Tugas kami sekarang ialah menyemak kerajaan,” kata pegawai parti di Bandar Tun Razak.

“Sekarang, kalau rakyat ada masalah, mereka perlu cari DAP dan PKR, bukan MCA,” beliau memberitahu The Malaysian Insight.

Seorang pemimpin cawangan berkata penutupan pusat khidmat MCA menjadikan parti itu tidak lagi selari dengan prinsipnya untuk berkhidmat kepada rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Jun, 2018.

The Malaysian Insight melawat beberapa pusat khidmat MCA di ibu negara dan mendapati semuanya sudah ditutup.

Menurut seorang pegawai parti, pengurusan pusat khidmat melibatkan wang yang banyak. Dengan mengandaikan sebuah pusat khidmat mempunyai empat pekerja yang dibayar gaji RM3,000 seorang, bermakna RM12,000 hanya melibatkan gaji. Ditambah dengan sewa dan utiliti, jumlahnya menjadi kira-kira RM20,000 sebulan.

Dengan RM240,000 setahun, kalaupun ahli-ahli mahu menruskan khidmat kepada rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang, pemimpin negeri akan mendapati jumlah itu agak menakutkan.

Secara keseluruhannya, pusat khidmat MCA agresif di 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN - kerusi yang dipegang wakil MCA.

“Bilangan pusat khidmat bergantung kepada saiz bahagian dan kedudukan kewangan. Ada yang mempunyai dua atau tiga pusat khidmat dalam satu kawasan.

“Tetapi matlamatnya ialah untuk memberi bantuan kepada masyarakat Cina,” kata seorang pemimpin senior yang merasakan penutupan pusat khidmat ini akan menghentikan apa saja bentuk sentuhan peribadi MCA dengan masyarakat Cina. 

Walaupun ada beberapa pusat khidmat terus ditutup pada beberapa pemimpin bahagian telah memberi pekerja mereka cuti bergaji sambil menyarankan mereka mencari kerja baharu.

Sesetengah pemimpin mengeluh, berkata penutupan pusat khidmat adalah kerugian besar bagi parti. Namun ada juga yang berkata ini satu permulaan bagi perubahan parti. – 13 Jun, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • punca utama kebanyakan pusat khidmat MCA ditutup adalah disebabkn kekurangan dana. ini menyukarkan utk pusat khidmat MCA beroperasi seperti biasa.mungkin parti ini perlu membuat sesuatu perubahan baharu dalam parti.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan