STESEN Keretapi Yala kini sibuk dan penuh sesak dengan orang Islam Thailand yang menunggu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan pengakhiran bulan Ramadan, lapor Biro Berita Nasional Thailand (NNT).
Kebanyakannya berkata mereka ingin berbuat demikian sebelum Rabu, yang dijangka menyaksikan lebih ramai penganut Islam di Yala pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga tersayang bagi menyambut Aidilfitri.
Hari pertama sambutan, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, akan ditentukan pada Khamis oleh Pejabat Sheikhul Islam Thailand.
Polis ditugaskan di stesen kereta api itu untuk mengawal keselamatan dan jumlah penumpang dijangka meningkat ketika tarikh perayaan semakin hampir. – Bernama, 12 Jun, 2018.
Komen