Jumlah korban bot nelayan karam di Brazil meningkat 10 orang


Pada pagi Jumaat, dua bot nelayan karam atas sebab-sebab yang belum diketahui, meskipun beberapa saksi berkata tragedi itu berpunca daripada angin kencang dan hujan lebat. – Gambar AFP, 12 Jun, 2018.

JABATAN bomba Brazil pada Isnin mengumumkan angka kematian dalam insiden dua bot nelayan karam pada Jumaat meningkat kepada 10 orang.

Pada pagi Isnin, pasukan penyelamat menarik keluar satu lagi mayat dari kawasan perairan kira-kira 15 kilometer dari lokasi bot karam di Teluk Sepetiba berhampiran Pelabuhan Itaguai.

Pada pagi Jumaat, dua bot nelayan karam atas sebab-sebab yang belum diketahui, meskipun beberapa saksi berkata tragedi itu berpunca daripada angin kencang dan hujan lebat.

Sejumlah 22 orang berada di atas kedua-dua bot dan daripada jumlah itu, sembilan berjaya diselamatkan, 10 ditemui maut manakala tiga lagi hilang.

Tentera Laut Brazil menggunakan dron serta pesawat udara dan helikopter untuk membantu usaha-usaha menyelamat pada Isnin. – Bernama, 12 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen