Dr Mahathir bertemu Abe di Tokyo


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe sebelum mesyuarat di kediaman rasmi Abe di Tokyo, hari ini. – Gambar AFP, 12 Jun, 2018.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Shinzo Abe di Tokyo.

Setibanya di Pejabat Perdana Menteri Jepun di Nagato-cho, Chiyoda-ku, Dr Mahathir memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada pasukan keselamatan Jepun.

Dr Mahathir, yang menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24 semalam, adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.

Dr Mahathir akan berlepas pulang ke tanah air tengah hari ini. – Bernama, 12 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen