Ivory Coast musnahkan pokok koko elak penularan virus


Ivory Coast membekalkan dua juta tan koko untuk pasaran dunia setiap tahun.– Gambar EPA, 11 Jun, 2018.

PENGELUAR serbuk koko terbesar dunia, Ivory Coast mengumumkan pada Isnin ia akan memusnahkan 100,000 hektar pokok koko dalam usaha untuk memusnahkan virus yang menyebabkan bengkak pada batang pokok. 

Operasi itu dijalankan di barat daya dan selatan negara itu, yang merupakan kawasan penanaman utama tanaman itu, kata Gneneyeri Sileu, yang mengetuai strategi perlindungan pokok di kementerian pertanian negara itu.

Operasi berkenaan memabbitkan kos sebanyak AS$40 juta, katanya. 

Pada tiga tahun pertama, pokok koko akan ditebang—tanahnya akan dikuarantin bagi tempoh dua tahun bagi memgelakkan virus berkenaan kembali menular. 

“Dalam konteks yang sama, tiada rancangan menanam semula secara sistematik di tanah berkeluasan 100,000 hektar, kata Silue, yang menambah operasi itu tidak akan memberi kesan besar terhadap pengeluaran negara.

Ivory Coast membekalkan dua juta tan koko untuk pasaran dunia setiap tahun. – AFP, 11 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen